Sunday, January 10, 2010
Aku keseorangan di rumah,tak dapat ikut ayah,ibu dan abang keluar menyelesaikan urusan mereka akibat sakit perut (pagi tadi macam ok lagi dah masuk petang-petang ni meragam pula)..sebab makan masakan sendiri semalam.Nasi dan lauk ikan bilis yang digoreng bersama cili padi/api dan bawang.Favourite yang sedap dan simple *macam puji masakan sendiri jer ni..haha*Jangan salah faham.Sakit perut tu bukan sebab masakan tu tak sedap (betul,sedap la..) *dengan harapan calon suami dan mak mertua percaya dan berbangga yang calon isteri dan menantu ni boleh memasak..ihihihi*.
Disebabkan terlalu eager untuk makan benda yang pedas tengah-tengah malam semalam(sementara tunggu abang balik),aku membuat keputusan nak masak lauk tu dan letak cili sebanyak mungkin *konon-konon mengikut citarasa yang dikehendaki,secukup rasa (konon nya..)* lalu mula memasak dengan penuh bergaya ala-ala seorang chef yang diiktiraf.
Untuk memulakan :
1)Sediakan bahan-bahan masakan yang diperlukan seperti:
-sejumlah ikan bilis yang siap digoreng garing
-bawang merah siap dihiris
-cili padi/api siap dipotong kecil.
2)Tumiskan bawang hingga 'naik' bau wangi bawang tersebut *maksud naik tu,keluar bau wangi bawang tu,bukan naik pergi mana-mana.hishh korang ni*
3)Campurkan cili untuk ditumis bersama bawang tadi
4)Kemudian campurkan ikan bilis yang sudah digoreng.Gaulkan sama rata ye.ahakz.
5)Setelah siap,lauk yang dimasak sebentar tadi diletak didalam mangkuk dan dihidangkan sementara masih panas *kenapa dah macam siaran masak memasak ni..haihh*, lalu dengan semangat berkobar-kobar mula la makan dengan penuh kesopanan.
For the first few minutes,masih bertahan..lama-lama dah mencungap tahan pedas.Takpe,aku kan comel mesti boleh tahan punya *apa kena-mengena dengan comel pulak?perasan lebih nih.eh eh biasa dia*.Aku cepat-cepat habiskan makan dan minum air.Selepas tu call Mr.Bun (tau,time-time ni dia tak tido lagi,main game online je) saja nak inform dan manja-manja "i makan pedas,masak sendiri,sedap." *padahal sebenarnya nak bagitahu yang aku ni rajin masak..ahahah*,Mr.Bun pun melayan je..haha..hampeh la.Itu la akibat nya hari ni tak boleh nak berjauhan dari toilet.Takpe,mana tau boleh kurus nanti.. *impian..layankan aje.sighh*.
Labels: food/makanan, me
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
amenda lah stakat masak camtuh hamba pon bleh wat.. siap pakai blender lg.. lar... Mr Bun tuh saper huh.. Encik Roti ker.. hahaha.. xlkenal2..
Post a Comment