Friday, July 23, 2010
kadang-kadang kita xhargai cinta,
kenapa?
sebab..
kita belum merasai kehilangan dia..
kadang-kadang kita merasai cinta dia
tapi masih tak percaya
kenapa?
sebab..
kita selalu fikir negatif tentang dia..
kadang-kadang kita tak sedar hati kita betul-betul mencintai dia
kenapa?
sebab..
kita tunjuk ego dan tak nak mengalah...
tapi...
bila tangan yang selalu kita genggam berada di genggaman orang lain
apa perasaan masa tu??
.......
jadi..
hargailah orang yang rela berkorban untuk cinta kita...
jangan terus menanti cinta yang tak pasti..
~xoxo~
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang baik.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.
Disebabkan hari yang sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan seorang diri.
Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya lalu dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali di lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.
"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]
Labels: info
hari ini
dapat tahu lagi
perkara-perkara yang tak suka untuk tahu
tapi dapat tahu juga.
bosan bila
orang-orang Malaysia ni
tak habis-habis
nak memburukkan satu sama lain
lelaki ke
perempuan ke
sama je.
kepada 'kau' manusia-tak-sedar-diri
aku tak pernah nak burukkan kau
tapi kau memang jenis mulut macam ha**m
tak apa..insyaallah
pahala aku dapat tiap kali bersabar.
aku tak pernah kacau hidup kau dari dulu lagi
nak pijak orang untuk naikkan diri sendiri
menipu dan jaja cerita sana sini minta simpati
You are so pathetic.
seburuk-buruk aku
tak pernah terlintas dalam hati nak aibkan orang melayu
macam kau buat kat aku
betul ke salah aku tak perlu tahu
bukan hak kau nak judge aku.
kau burukkan aku
sebab kau rasa kau lagi buruk sebenarnya kan
sebab tu kau susah-susah
nak buat aku dan orang lain nampak buruk dan teruk.
kau nak kata
orang bodoh
badan tak cantik
rupa tak elok
otak tak pandai
perangai tak baik
kau tu tak bodoh ke
lupa ke ilmu dan kepandaian tu
Allah pinjamkan je?
kau kutuk orang badan tak cantik
kau sedar diri tak kau tu lagi keji
kena susah payah nak jaga badan
supaya kau boleh kutuk orang lain?
kau komen rupa orang tak elok semua
rupa kau tu elok sangat ke?
yakin kat akhirat tak kena bakar muka kau yang 'elok' tu?
kau sibuk nak banding
yang otak kau lagi pandai dari semua orang
kalau kau pandai sangat
kenapa pula kau masih lagi ada
di kalangan orang-orang yang kau kutuk ni?
dah tentu sebab kau pun lebih kurang
atau lebih teruk..haha.
lu pikir la sendiri!!
kau tak habis-habis
nak mengata perangai orang
banyak yang tak elok je
sedar tak kau tu sebenarnya
lebih berisiko masuk neraka
lagi awal dari orang
yang kau kutuk perangai tak baik tu?
walaupun hanya dengan sekelumit
perasaan busuk hati dan benci
itu dah cukup
untuk membuatkan
kau lagi tak baik dari semua orang
yang kau kata tak baik..
tak ada siapa yang sempurna
termasuk kau..okayy!!!
Labels: me
Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pada Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata rangsangan dan semangat Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri meragui anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .kandungan Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abang syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abang syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan lama kau tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, mengadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakon yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan masalah yang melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Abang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang ." Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa ke dinding.
Nisa tak dapat buat apa-apa untuk mempertahankan dirinya. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Siapa pula ni sibuk je....." Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama?" tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu juga Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya..
Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri muka surat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .
Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...muka surat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa, ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurangnya terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. "YA ALLAH,Nisa maafkan Abg.. Nisa." Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DI SAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KE AKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya, Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan ketika Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir, seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan si kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila si kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah si kembar bersama. Walaupun si kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah si kembar mengiringi pemergian Nisa, ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...
"YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH...." akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa.Zakri bermimpi, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa yang putih bersih.
"Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa." Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.
"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendong kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembarnya dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah..." kata Zakri. Emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....
Labels: love, various/macam-macam
Kisah ini berlaku sekitar tahun 1999........
Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam IRC [laman web chatting]. Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.
Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan cyber café itu dengan hati yang sedih.
Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas. Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.
nurheart : Lan...
hensemboy : Ira..maaf saya tak dapat masuk malam itu.
nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...
nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?
Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba-tiba senyap.. ! Shahirah menunggu dengan sabar namun Hazlan tetap tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.
"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu.
"Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?
"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila-bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah.
"Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan.
Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam. Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke cyber cafe. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini.Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.
hensemboy : Ira...awak marah saya ke?
nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
nurheart : Kenapa?
hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?
nurheart : Awak teruk ke?
hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak Batu 6.
nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang membantu saya.
nurheart : Maksud awak?
hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah!!.
Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.
Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.
p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman......Al-Fatihah"
~Taken from Facebook~
Labels: me, various/macam-macam


