Thursday, February 25, 2010

no caption

kenapa?sebab macam blur je..macam bosan je..macam banyak kerja je tapi tak tahu lah apa kena hari ni..rasa tak seronok la..banyak masalah je..haihh..

saya rindu dia..dia rindu saya tak..tapi saya takut..takut apa?takut ..macam-macam..isk'..waaaa..kenapa saya ni..*please umi..get control of your emotion*..waaaaaaaaa

Wednesday, February 24, 2010

the other half

hari ni sangat letih selepas seharian mengejar masa menguruskan kerja yang harus disiapkan dan juga hadir ke kelas *ada kelas malam juga ye hari ni dari 8 hingga 11 malam*..letih dan juga sedih kerana disebabkan satu insiden terjadi tadi menyedarkan saya as I always thought I always have everything but the fact is I don't even have a thing..apakah?haha..mengarut kan..ke sedih?ke macam tak betul ..umi dah boleh berhenti merapu sekarang..tapi siyes *ejaan sebenar serius* saya sangat sedih sampai ter'menangis tadi kat bff saya..*maaf..kamu pula jadi mangsa emo tak terkawal saya ..haihh*..

sedih ni membuatkan minda tak dapat berfungsi dengan bijaksana kerana lebih dikuasai hati yang emo tu..jadi terkeluar 1 statement "I want my other half..like..right now!! Where is he..??sob'sob"..hanya Allah je yang tau kenapa keluar statement tu dari insan bernama Umi Narima ni..dan hanya Allah jua yang tau di mana dia dan siapakah dia untuk saya..mungkin sekarang ramai orang akan membebel kat saya saying that "hey..belum tiba masa la nak fikir semua tu" atau "ala..muda lagi,banyak lagi perkara penting nak difikir" or "rileks la..enjoy la untuk waktu sekarang" and so on..so on..

ye..saya tau banyak lagi yang nak difikir..banyak lagi yang lebih penting..banyak lagi yang boleh nak di buat selain fikir macam tu but hey! I'm just a normal girl okay! Salah ke rasa macam tu? What the?? *ooppss..sabar-sabar*

maaf atas kekasaran bahasa jika ada..saya sangat letih tapi sangat sedih dan juga nak sangat pergi jauh dari sini tapi sangat tak tahu boleh pergi mana dan sangat tension dengan keadaan sekarang tapi sangat tak boleh buat apa-apa melainkan sangat terpaksa hadap je sebab sangat tak boleh nak elak.. *korang mesti sangat menyampah membaca ni kan* (--")

I want my other half..Where is he..Please come and save me.. ("--)

Saturday, February 20, 2010

s.e.d.i.h



waktu ini sangat sedih..kenapa?biar lah ia menjadi rahsia *tenang,tenang* ..isk

~"Walking Away"- Craig David~

I'm walking away
from the troubles in my life
I'm walking away
oh to find a better day
I'm walking away
from the troubles in my life
I'm walking away
oh to find a better day
I'm walking away

sometimes some people get me wrong
when it's something I've said or done
sometimes you feel there is no fun
that's why you turn and run
but now I truly realize
some people don't wanna compromise
well I saw them with my own eyes spreading those lies
and well I don't wanna live a lie, too many sleepless nights
not mentioning the fights, I'm sorry to say lady

I'm walking away
from the troubles in my life
I'm walking away
oh to find a better day
I'm walking away
from the troubles in my life
I'm walking away
oh to find a better day
I'm walking away

Well I'm so tired baby
things you say you're driving me away
whispers in the powder room baby
don't listen to the games they play
girl I thought you'd realize
I'm not like them other guys
coz I saw them with my own eyes
you should've been more wise
and well I don't wanna live a lie, too many sleepless nights
not mentioning the fights, I'm sorry to say lady

I'm walking away
from the troubles in my life
I'm walking away
oh to find a better day
I'm walking away
from the troubles in my life
I'm walking away
oh to find a better day
I'm walking away



sejak tak berapa sihat ni mesti rasa letih je especially lepas makan ubat..sure mengantuk lepas tu walaupun baru je bangun tidur then makan ubat..macam mana ek nak tahan situasi tu?ada idea tak?susah la kan kalau asyik mengantuk je kalau lepas makan ubat..time cuti ni boleh lah tidur..kalau time ada kelas macam mana?wuu...moral of the story..jaga lah kesihatan diri..hahahaha *nasihat orang pandai.sendiri macam mana pula (--") sighh..*

Friday, February 19, 2010

my small pillow


~nak tahu..?saya ni sayang sangat kat my small pillow? kenapa? sebab tanpa 'small pillow'..occassion di atas katil *tolong jangan fikir 18sx ketuk kepala tu kang* mesti rasa tak kena je sebab 'small pillow' pelengkap segalanya tapi that doesn't mean my 'small pillow' busyuk ke kepam ke apa eyh..*tak ada-tak ada* and it is the best pillow ever ~
*saya selalu juga rindu pada 'pillow' saya..oopss..ehehehe :D *


sedang dalam usaha untuk mendapatkan pic-pic yang tersembunyi di dalam handphy *handphone 5800* saya yang henghong itu..then nak buat entry sal Aquaria KLCC..tunggu tau..ehehe

ini diri saya..

saya seorang perempuan/gadis/wanita yang kadang-kala sangat sukar untuk mengawal emosi dan emo tu is a part from me..why?i can't exactly give you the reason why..*mungkin hormon tak betul kot* maybe..just maybe,saya hanya insan yang masih cuba untuk mengenal diri atau pun cuba untuk menjadi pengukir kehidupan saya sendiri sementelah umur yang sudah menginjak ke 22 tahun pada tahun 2010 ini *ecehh..berpuitis*.

tetapi adakah benar saya yang menjadi pengukir kehidupan saya?atau ada insan lain yang mempengaruhi cara pengukiran itu?ya..mungkin ada juga..tetapi puas hati kah dengan pengaruh itu?tak pasti..mungkin ya mungkin juga tidak tapi harus diingat bahawa kita bukan hidup seorang diri di bumi yang dipijak ini *walaupun sering kali terasa diri ini menyendiri sunyi*..apakan daya, kita harus mengikut aliran kehidupan as simple as you just have to go with the flow.

sedih..memang sangat sedih..gembira?kadang-kala je,then the happiness will swept-away by the sadness..kenapa mesti macam tu?saya tak tahu..tak tahu lah..haihh..

Thursday, February 18, 2010

the bond..

..there's no feeling attach to it..there's no string attach between it..why?i don't know why..but it seems like those words are crucial to these particular moments..i hate it..when i know i can't avoid it..can somebody help me?no..i shouldn't depends on others..i only have myself to depend on..but i weak..how should i know if i strong enough to face it?u just have to..you got no choice.. even if it means that i'm not gonna be happy about it?yes..maybe you will never be happy about it but you have no choice..stick that in your mind..in your soul..you will always face this kind of situation..this kind of moments..that hurt you..that test you..that maybe,make you stronger in ways that u never know..or maybe it make you weaker too..so you just have to ..keep walking..keep breathing..until the times come..and release you forever..for eternity ..eventhough you will never into that bond.. ~xoxo~

Monday, February 15, 2010

waaa...

(gambar hp ku di laptop ku)

macam mana nak buat ni...handphone kesayangan saya Nokia 5800 XpressMusic *sila rujuk gambar* dah buat hal..entah kenapa gambar dan video yang diambil boleh jadi hidden dalam handphone..lepas tu boleh 'hang' tiba-tiba padahal memory banyak lagi kosong..wuu..lepas tu ada je lagi masalah-masalah lain..masalah ini juga telah menyebabkan gambar-gambar pergi Aquaria KLCC hari tu tak dapat diambil sepenuhnya termasuk video ikan-ikan tu..wuu..*baru nak letak kat blog nak bagi korang tengok*.. isk'..jadi,masih memikirkan langkah penyelesaian terbaik untuk atasi masalah ni..samada nak tukar hp baru (trade-in) atau beli je lagi 1 (sebab hp lama banyak sentimental value).Kalau ikutkan nak pakai hp touch-screen juga sebab for me,lagi senang..dan ada kawan cadang pakai blackberry..stylo gak tu..daku memang dah lama kemaruk nak blackberry..ehehehe..ada idea anyone?
By the way,saya ada tengok perbandingan antara 3 hp touch-screen ..ni link nya..
korang rajin,baca lah..this is the comparison between Apple iPhone,Blackberry Storm touch-screen and Nokia 5800 XpressMusic-3 way battle royal..
*kenapa Blackberry Storm tak ada wifi??????bukan tu paling penting ke sekarang ni untuk abad ni..whyyyyyy..haihhh*
ok..sal my trip to Aquaria tu..nanti saya buat entry sal tu eyh..*kalau rajin/ingat*..ehehhe ;P

Saturday, February 13, 2010

sale..


saya letih..so cerita ringkas sahaja apa aktiviti hari ini..
tadi keluar..hantar assignment dengan usaha yang sangat cemerlang..
*hopefully get good marks..*
then gi Aeon Bukit Tinggi..
jalan-jalan dan makan..

ternampak sale..beg..sangat banyak ...diskaun..murah...tak boleh ...tak pergi..tak boleh tak pergi..*maaf dompet..kamu kena kurus balik..*


dah sampai tu baru sedar..gila ramai wanita-wanita tua..opss..tak,tak..
*that's mean*
maksud saya wanita yang mostly nya
sudah boleh digelar makcik dan kakak-kakak
berebut-rebut tengok beg-beg tu..
first time tengok orang berebut-rebut macam budak kecik..
(wanita/orang dewasa-berebut macam dak kecil=sebab sale)..haihhh..(--")
siap ada yang tolak-tolak..gila arh..
shopping itu berbahaya sebenarnya..
selamat saya pandai menyelit-nyelit dan tak jadi mangsa kerakusan mereka..

i just aim the begs that i want..the one that looks pretty then i grab it..simple..
tak perlu nak tolak-tolak orang lain semata-mata nak berebut beg
hanya untuk bandingkan yang mana satu cantik
but in the end tak pilih pun antara dua tu
tapi tolak orang lain lagi dan ambil beg lain pulak..
*ini observation saya terhadap wanita-wanita di situ..
hope i won't be like them..*

akhir sekali..i grab 3 beg yang rasa cantik and simple..
tak silap semua jenama Polo..
1 bagi kat my mum..*as for mother's day present in advance..eheheh*
and lagi 1 bagi kat ummi *ery's mum*
and yang lagi 1 mesti la saya punya..ehehehe.
malang nya..
dua beg berkenaan tak sempat nak snap pic sebab dah bagi mereka..
jadi dapat tunjuk yang saya punya je..

tadaaa..kenapa putih?sebab saya memang in crazy love with white colour..ngeee

see..lihat lah harga sebenar nya..ngeeee
saya tak kisah..tetap happy..sebab warna putih..my fav colour ever..

sama dengan selipar yang saya beli hari itu di pasar malam..
*jangan pandang rendah pasar malam..janji selesa pakai kan*
dapat white in colour juga..suka nyaaaaa :D

my white Roxy..

tapi sekarang colour dah tak putih sangat dah ..

sebab dah tiap masa pakai
tapi tak apa..
boleh cuci kan.. ngee..
saya suka..putih..suka.. :D


Friday, February 12, 2010

Kami adalah girl S.E ..
S.E=Special Editon=Software Engineering
ngeh ngeh..
Location=teka sendiri
Masa=agak sendiri
Tujuan=rahsia kami..

McD di hati...

jangan nak blurr sangat farah..ahahaha *ampun..*

Farah 'Ziel' & Aida 'Cullen'..ngeeee

Nisa & scandal?? ahahah..ziel la *marah farah kang*

Ni masing-masing tengah excited dengan camera laptop tu ..

We love peace..!!!

4 girls/lady/woman of S.E..

Possing sudah... *aku memang gemuk..haihh*

Those back in time..

Acah-acah abad 60-an..

poyo tapi cumil..*sila muntah di tempat lain..ahahaha*

cuddling muddling...

sila tutup mulut anda *ditujukan khas untuk farah sahaja..eheheh*
Ayu ke..biasa..memang biasa dapat pujian tu (--")

khas untuk...

CLOSED section..!!! *if you know what i mean.. ;P*

harus ye bunga kat farah tu..

"ini pam minyak"..kata nisa

fon habis kredit la tu..* perkara normal bagi pelajar..*

'nobody..nobody but u...ohh McD'..SE Girls..haha

umi:......nisa:......aida:..... (sila isi tempat kosong)

laparrr.....ngapp ngappp

ye..boleh kami bantu anda..?

ni menu untuk pilihan anda..*kami tak termasuk..harap maklum*

entahh laaaa farah..

di sebalik itu..

tu dia dah mai...juu-farah-onn..dengan aida undertaker kat belakang tu..ahaha

muka selebet *muka ku...huuuu*

nak kucing tu..nakkkkkkkkkk

the wallpaper girls..

Thursday, February 11, 2010

kenapa..?sebab rasanya macam tercungap-cungap nak kena 'kejar' masa..
kadang-kadang rasa letih juga asyik nak mengejar masa yang tak kan pernah berhenti untuk kita yang mengejar ni..kalau tak kejar akan ketinggalan...

Wednesday, February 10, 2010

hahaha..bukan singgah pergi mana-mana..tapi singgah sebentar ke blog ini..dan memang,sebelum subuh.Mengikut kiraan jam sekarang menunjukan pukul 4.38 pagi ..tengah-tengah antara malam dan nak ke waktu subuh.. ehh.. dah pukul 4 lebih..ehh..dah start untuk waktu breakfast McD..ehh..rasa macam nak beli..ehh..happy nya kalau dah boleh beli set breakfast McD sekarang ni..ada hashbrown...wuu..my fav..sausage McMuffin...huuu..my fav juga.. tapi apakan daya..sini hulu di ceruk..McD paling dekat antara Shah Alam tak pun Meru~tak larat nak pergi sana sekarang~wuu..jadi hanya mampu teringin je..haihh ..McD. . . ~~


dari tadi saya tak tidur lagi sebab buat kerja-kerja assignment yang perlu disiapkan..tengah cuba untuk merehatkan minda tetapi tak boleh duduk diam tanpa buat apa-apa kerana takut nanti tertidur pula *kalau dah tertidur,badan mesti dah set nak qada'/ganti tidur 8 jam..tak pasal-pasal bangun pukul 12 tengahari...agagaga* jadi di sini la persinggahan sebentar..eihh..tapi macam ngantuk sangat dah ni..aisehhhh ..tahan..tahannn jangan tidur.....
wuuuu...mata dah macam kung-fu panda dah ni..wuuu..tahan ngantuk weiii...adeiiii laa


Tuesday, February 9, 2010

sibuk je!!


minggu ni saya sangat sibuk..sibuk dengan pembelajaran *bukan sibuk jadi penyibuk tepi kain orang ye..tak,tak..bukan yang itu*..sibuk dengan kelas kuliah dan assignment-assignment yang agak membunuh bila disuruh siap dalam masa yang singkat..*mentang-mentang lah dah nak Tahun Baru Cina and the same time mid-sem break selama seminggu* jadi segala hardwork perlu di submit segera dan time-time camni la lecture-lecture tersayang sangat eager untuk memberi assignment kepada para pelajar yang cerdik pintar..haihh..sampaikan balik ke rumah saja hanya untuk mandi dan buat assignment,bukan untuk berehat..rehat hanya lah bila terrrrrr'tidur di atas buku-buku,paperwork dan di hadapan laptop...sila highlight di situ..tertidur ye..bukan sengaja tidur..ececeehhhh...

sekarang nak siapkan kerja assignment yang nak present esok dan submit..agak exhausted coz habis kelas kul 10 lbh.tu pun selamat awal,kalau tak patutnya habis kul 11 malam..kelas start pukul 8 malam..huaaa...letih..sini hujan pula..syok tidur ..tapi..tak boleh..kena bertahan...ber..ta...han.... *really need help..err..aiseh tak beli redbull pula..sighh*

Sunday, February 7, 2010

k.i.d.d.y

miss him..nak dia balik,sangat..he is my lil boyfriend that always wanted me to be beside him..feed him..love him ..
he will look at me with his round eyes when i'm talking to him..
selalu buat i happy,senyum,panggil nama dia datang,
tengok i dekat je tempat dia dia dah tunggu i,spent time together,
pagi-pagi dah tengok dia,belai dia sampai tidur,suap makan..
nak tidur pun tengok dia dulu kat sangkar..
eventhough he is just a rabbit,
he knew what i want and know how to make me happy..
nak dia balik...nak dia balik.. ;'(

~kiddy..you are my first lil boyfriend that i would never forget you and i don't think anyone can replace you in my heart..i see you in my dreams and i miss you so much.. ~

----------------------------------------------------------------------------------------------

To overcome my sadness...i found this and read it..just wanna share with you if you have some of this kind of experience too..

taken from: http://www.pet-rabbit-care-information.com/loss-pet-rabbit.htm
Grieving The Loss Of Your Pet Rabbit

Guilt
After shock and disbelief, you may feel a sense of guilt at the death of your pet rabbit. It's not an unusual feeling. After all, your pet rabbit depended completely upon you. You feel like you let him down.

Please do not be too hard on yourself.

Chances are that nothing you did caused your rabbit's death. If you were able to keep your rabbit alive for several months, then your care was adequate.

If your rabbit died shortly after you brought him home, he may have failed to make an adjustment or stressed simply from the move.

While I do think that it is a good idea to go over your care routine with someone knowledgeable about rabbits before you get a new rabbit, I do not think that blaming yourself for the rabbit's death is a good idea.

Certainly anyone who cares enough to read about grief and loss of their rabbit cared enough not to purposely hurt their pet bunny.

If you do discover some care issue that needs to be changed, you still don't need to be too hard on yourself. There is much misinformation about rabbit care. Do not let guilt interfere with your ability and entitlement to grieve your loss.

I lost a beloved rabbit, The Nature Trail's Bette, when our feed company had to recall feed. I spent a week dissolving her pellets in Pedialyte and force feeding them to her. When I found out about the recall, I realized I had been making her eat the contaminated pellets all week. When she died, I experienced a great deal of guilt along with the grief.

I still miss her and find my eyes tearing as I write about her death even now.


Why Did My Rabbit Die?
Sometimes the answer is very clear. Pet rabbits can be killed by neighborhood dogs (whether they can touch them or not) or die after a diagnosis at the vet. Perhaps your rabbit was very old. Other times, you find your rabbit suddenly dead from no apparent reason.

Unfortunately, your only chance for an answer may be to have a necropsy performed on your rabbit. Your rabbit may have died from a spider bite, heart failure, renal failure, cancer, pneumonia, or many other things far beyond your control. A necropsy may not be able to give you a specific cause of death, but it should narrow the possibilities down to which body system was affected.


He Was Just A Rabbit - I'm Being Silly
Don't let anyone convince you that you are silly to grieve the loss of your pet rabbit. He or she meant a great deal to you and/or your family. He was part of your life and part of your daily routine. Pets provide love and affection, entertainment and diversion, and allow you to feel the joy of providing care to another being. They are warm and furry, cute and loveable. You will miss that. And you have a right to your grief.


How Then Do I Grieve?
Grieving takes a period of time. No one can tell you how long you will or should grieve, but you should be in no hurry to skip over it.

Do not give in to the temptation to replace your pet right away. Give yourself and your family time to grieve.

Grieving takes time, but time alone is not sufficient for grief. Grieving is more active than that.

One of your first responses may be to cry. If it is, then let the tears fall. And you are entitled to as many cries as you need or want to help you express your sadness.

Some people can talk about their feelings easily. If you are one of those, find someone you trust and ask them if you can talk about your pet for awhile. Tell them they don't have to say anything back, if they don't want to. Talk about the wonderful times you had together or about how much it hurts to be without your pet. Confess any guilt you may feel and then let it go.

Al-Mubarrid menyebutkan dari Abu Kamildari Ishaq bin Ibrahim dari Raja’ binAmr An-Nakha’i, ia berkata:

”Adalah di Kufah terdapat pemuda tampan, dia kuat beribadah dan sangat rajin. Suatu saat dia berkunjung ke kampung dari Bani Na-Nakha’. Dia melihat seorang wanita cantik dari mereka sehingga dia jatuh cinta.Dan ternyata, si wanita cantik ini pun begitu juga padanya. Karena sudah jatuh cinta, akhirnya pemuda itu mengutus seseorang melamarnya dari ayahnya. Tetapi si ayah mengkhabarkan bahawa putrinya telah dijodohkan dengan sepupunya. Walau demikian, cinta keduanya tak bisa padam bahkan semakin berkobar.
Si wanita -akhirnya- mengirim pesan untuk si pemuda,‘Aku telah tahu betapa besar cintamu kepadaku, dan betapa besar pula aku diuji dengan kamu. Bila kamu setuju, aku akan mengunjungimu atau aku akan mempermudah jalan bagimu untuk datang menemuiku di rumahku’.
Dijawab oleh pemuda tadi melalui orang suruhannya, ‘Aku tidak setuju dengan dua alternatif itu: ”Sesungguhnya aku merasa takut bila aku berbuat maksiat pada Rabbku akanadzab yang akan menimpaku pada hari yang besar.” (Yunus: 15)
Aku takut pada api yang tidak pernah mengecil nyalanya dan tidak pernah padam kobarannya.’
Ketika disampaikan pesan tadi kepada si wanita, dia berkata: ”Walau demikian, rupanya dia masih takut kepada Allah? Demi Allah, tak ada seseorang yang lebih berhak untuk bertaqwa kepada Allah dari orang lain.Semua hamba sama-sama berhak untuk itu.” Kemudian dia meninggalkan urusan dunia dan menyingkirkan perbuatan-perbuatan buruknya serta mulai beribadah mendekatkan diri kepada Allah. Akan tetapi, dia masih menyimpan perasaan cinta dan rindu kepada sang pemuda. Tubuhnya mulai kurus dan kurus menahan perasaan rindunya, sampai akhirnya dia meninggal dunia karenanya. Dan si pemuda itu seringkali berziarah ke kuburannya, dia menangis dan mendo’akannya. Suatu waktu dia tertidur di atas kuburannya. Dia bermimpi berjumpa dengan kekasihnya dengan penampilan yang sangat baik.Dalam mimpi dia sempat bertanya: ”Bagaimana keadaanmu? Dan apa yang kau dapatkan setelah meninggal?”
Dia menjawab: ”Sebaik-baik cinta -wahai orang yang bertanya – adalah cintamu. Sebuah cinta yang dapat mengiring menuju kebaikan”.
Pemuda itu bertanya: ”Jika demikian,kemanakah kau menuju?”
Dia jawab: ”Aku sekarang menuju pada kenikmatan dan kehidupan yang tak berakhir. Di Syurga kekekalan yang dapat ku miliki dan tidak akan pernah rosak.”
Pemuda itu berkata: ”Aku harap kau selalu ingat padaku di sana, sebab aku di sini juga tidak melupakanmu.”
Dia jawab: ”Demi Allah, aku juga tidak melupakanmu. Dan aku minta kepada Tuhanku dan Tuhanmu (Allah subhanahuwa ta’ala) agar kita nanti dikumpulkan. Maka, bantulah aku dalam hal ini dengan kesungguhanmu dalam ibadah.”
Si Pemuda bertanya: ”Bila aku bisa melihatmu?”
Jawab si wanita: ”Tak lama lagi kau akan datang melihat kami.”
Tujuh hari setelah mimpi itu berlalu, si pemuda dipanggil oleh Allah menuju kehadirat-Nya, meninggal dunia.

sengal tak?

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak..
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

*Hampehhhhhh..!!!!*

Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

dear..

dear diary..hari ni sangat sedih..kenapa..?sebab semua nya tak seperti yang aku doakan..
anyway..aku ada terbaca ..just nak kongsi.suka-suka je..tak ada kaitan dengan yang dah nak mati atau yang dah mati.
Enjoy..

KASIH duduk sendirian di hujung sudut perpustakaan.Tumpuan KASIH tidak terus ke buku. Fikiran KASIH menerawang ke tempat lain.Buntu memikirkan masalah yang menimpa.Apa yang pasti KASIH takkan sekali kali lari dari masalah itu.KASIH takkan mengaku kalah dengan perasaan sendiri.

Dari jauh CINTA yang duduk bertentangan dengan meja KASIH asyik memerhati gelagat KASIH.CINTA tahu waktu sebegini KASIH pasti akan menghabiskan masa di perpustakaan.Sudah lama CINTA meminati KASIH tapi CINTA tahu KASIH tidak mudah menerima CINTA.CINTA terus memerhati wajah KASIH menyayangi KASIH dalam diam.CINTA lantas sedar KASIH seakan menghadapi masalah besar.Wajah KASIH seceria selalu, bagai di rundung duka.Tiba-tiba CINTA terlihat kelibat KECEWA.

KECEWA menarik kerusi di sebelah KASIH.CINTA perhatikan saja gelagat KECEWA yang mengganggu KASIH.Nyata KASIH rimas dan kelihatan kurang selesa dengan kehadiran KECEWA.CINTA dapat lihat api kebencian di mata KASIH tapi apakan daya.CINTA hanya mampu melihat dari jauh.KECEWA memang berpengaruh.CINTA sedar KECEWA sudah lama meminati KASIH kalau tidak masakan KECEWA sering mengganggu KASIH.KASIH tetap tidak melayan KECEWA.dibiarkan KECEWA berlalu sepi.

Tidak lama selepas itu, kelihatan SEDIH sahabat KASIH menghampiri KASIH.Mereka mengajak KASIH keluar.CINTA bersedia untuk mengekori mereka.Hari ini CINTA pasti dan benar-benar yakin apa yang akan dilakukan.CINTA lekas mengejar mereka.

"KASIH..KASIH..KASIH.." tercungap-cungap CINTA mengejar KASIH menjerit nama KASIH."Boleh CINTA jumpa KASIH sebentar..?"KASIH mengangguk..

"Iya..ada apa yang boleh KASIH tolong CINTA?".Waaaaaaah..lembutnya suara KASIH.Jadi tidak hairanlah jika terlalu ramai yg ingin rapat dengan KASIH.

"KASIH, sudikah KASIH menerima CINTA?"

"Apa?CINTA bermimpikah?CINTA sedar tak apa yang CINTA katakan?KASIH minta maaf.Biar KASIH jelaskan.Andainya KASIH terima CINTA, KECEWA pasti datang mengganggu CINTA dan KASIH.CINTA mungkin takkan mengerti tapi KASIH harap CINTA terima keputusan KASIH ni. KASIH minta maaf."KASIH ingin berlalu pergi.

"KASIH..KASIH..tunggu.Dengar apa yang CINTA ingin katakan pula.Beri CINTA peluang untuk buktikan pada KASIH.CINTA tahu KECEWA pasti akan melakukan sesuatu jika kita bersama tapi tolonglah CINTA.Berilah CINTA peluang.CINTA dah lama perhatikan KASIH.Dah lama menaruh hati pada KASIH.Tolonglah KASIH."

"hmm..CINTA..nanti KASIH fikirkan dulu ye.KASIH pergi dulu.SEDIH dah lama tunggu KASIH."

"CINTA tunggu jawapn KASIH.Tolong ye KASIH.Beri CINTA peluang.Tolong lah fikirkan.Berilah peluang utk kita lupakan tentang orang lain.Tolong ye."

CINTA memerhati KASIH berlalu pergi.

KASIH takkan mungkin menerima CINTA kerana KASIH tidak mahu KECEWA mengapa apakan CINTA.KASIH juga sedia tahu yang SEDIH meminati CINTA.Tak mungki KASIH ingin lihat sahabatnya SEDIH berduka lara.-B

"CINTA, maafkan KASIH.KASIH tak mungkin dapat menjadi yang terbaik untuk CINTA.KECEWA pasti akan membuatkan kita tidak senang bersama.Lagipun KASIH pasti CINTA tahu SEDIH sentiasa ingin mendampingi CINTA.Tak mungkin kita akan bahagia dan kita akan sentiasa rasa bersalah bila SEDIH melihat kita.Maafkan KASIH ya CINTA..


Sepi berlalu di hati CINTA.KASIH seolah-olah menafikan perasaan di dalam jiwanya.Bagi KASIH biarlah KASIH menunggu GEMBIRA yang entah bila akan muncul dalam hidupnya.GEMBIRA..kenapa kau menjauh..?

Saturday, February 6, 2010

tag..things

tadi pergi Jusco Bukit Tinggi *seorang diri ye* untuk cari organiser/planner..dah jumpa..tapi macam tak cantik and mahal sangat pula tu..so tak jadi beli.Pergi la jalan-jalan kat dalam tu..tengok-tengok barang.

Nampak pula beg tag yang cam cumil.Berkenan pula *walaupun dalam list barang yang nak dibeli tidak tersenarai*. Survey punya survey,cari punya cari kat kedai baru beli.Termasuk beberapa barang lain.Jalan selama 2 jam ,jadi ini lah keseluruhan barang-barang yang telah ter'beli...eh eh..dibeli ..dibeli..
(--")


cantik tak?

Pandangan dari atas..*sila baca..apa yang ditulis itu*

Ni bagi kat ibu..

Ni nak bagi kat ayah nanti *sekarang dia tak ada kat rumah*

Ni..undecided yet.. mungkin akan jadi hak milik sendiri

Ni pun sama..undecided nak bagi kat siapa *sekali lagi..mungkin jadi hak milik sendiri*

Ni untuk ditag di barang milik saya sendiri

Ni pun sama

Ni jumpa..rasanya dah boleh ganti organiser/planner yang saya nak sebab dalam dia pun memang macam planner juga tapi versi kartun plus saiz dia yang kecil cumil..dengan harga yang sangat ok..dan dapat juga jumpa penanda buku kecil yang cumil sangat sesuai untuk saiz planner itu yang cumil sangat tu..haihh..suka gile lah.. :D

Ni padlock cumil juga..tak tahu pun nak guna untuk apa tapi beli je sebab rasa akan digunakan satu hari nanti..*satu hari nanti ye..sila peka di situ* (-"-)

Ni adalah sticky album..tak perlu tanya untuk apa ye..ehehehe

Ok.Pada sesiapa yang nak juga memiliki macam barang-barang di atas tu..cari la kat kedai Hinode Shop dan juga Mini Toons dan macam sticky album tu rasanya kat mana-mana pun ada tapi kalau yang versi kartun baby Disney cari lah kat dalam Jusco.Semuanya dalam Aeon/Jusco Bukit Tinggi,Klang ye.Tempat lain saya tak tahu.Jadi kalau anda semua ada idea tempat-tempat yang ada jual barang-barang cumil-cumil tu kongsi lah kat sini ye..tulis comment kat saya.Sekian..terima kasih.. *dah macam pembaca berita dah..haihh*